28 December 2012

Gathering ‘Bajet’ | Cerita & Tips



Assalamu’alaikum…

Macam pelik je istilah ‘gathering bajet’ ni. Selalu dengar hotel bajet je. :) Bajet ni macam ber-kos rendah gitu la.Haa, lantak la.Lepas ca cerita ni mungkin korang akan faham apa yang ca maksudkan. 

Hari ahad lepas (23/12/12), ca dengan kawan-kawan skola rendah buat gathering. Macam biasa, kawan-kawan yang akan request untuk buat gathering.So, ca dan sorang lagi kawan ca (Jah) lah yang selalu jadi plannernya. Budak-budak lain suka request & tinggal follow je. Kali ni ada yang request nak mandi gunung. So, ca plan buat gathering kat Gunung Pulai 1 je. Dekat je dengan rumah masing-masing. Tak luak pon minyak kereta kalau pergi sana.Tapi kalau jalan kaki , tak semput pun, boleh pengsan tengah jalan. :P

Gunung Pulai 1 ni actually dah tutup semenjak pernah runtuh 15 tahun lepas. Tapi sekarang ramai je naik gunung ni.Disebabkan masing-masing dah lama gila tak naik gunung ni. So, walaupon dekat, excitednya bukan main. 

Nampak tak point pertama kat situ? “Dekat je dengan rumah masing-masing” Haaa..tu yang dimaksudkan ‘kos rendah’ tu. Bila dah dekat, jimat masa, jimat duit minyak. Hahaha… Enjoy tetap enjoy. Nak kurangkan kos, sila pergi tempat2 yang berdekatan je ngan korang.

Ok sambung story. Kali ni ca buat kelainan sikit. Masing-masing kena bawa makanan sorang sikit. Nanti bila dah kumpul, banyak la makanan jadinya kan? Hehe. Baru seronok. Macam zaman2 skola jugak.Boleh kongsi2 makanan..  Pagi-pagi lagi ca bangun , masak bihun Singapore. 1st time buat, Alhamdulillah menjadi.

Ni nak highlight kan point kedua . “Masing-masing kena bawa makanan sorang sikit” Bila setiap orang bawak makanan sorang sikit, bila dah kumpul jadi banyak.Kos tiap orang pon bape ringgit sangat. Tambah-tambah lagi semua bahan memang ada kat rumah. Bukan ca suruh bawa makanan bertaraf hotel 5 bintang pon. Makanan2 yang berjaya dikumpulkan oleh kami semua :
  • Bihun Singapore
  • Nasi goreng
  • Roti canai + sambal tumis
  • Nasi impit + rendang ayam
  • Jemput-jemput ikan bilis
  • Roti + kaya
  • Kuih bingka
  • Buah rambutan & duku langsat
  • Air kotak & air oren  


  • Segala bekalan !
Ha, amacam? Banyak kan? Tak sangka la kawan-kawan memang bagi kerjasama dengan baik. Thanks guys!
8.20 pagi : Disebabkan pagar utama nak ke tingkat atas ditutup, kitorang tak boleh la naik ke atas naik kereta. Kitorang ramai-ramai jalan kaki dengan bawa segala makanan. Serius seronok. Naik atas tu boleh tahan jauh dia. Jalan sambil gelak2 sambil bercakap, maunya x semput ! Budak2 lelaki laju je la jalan. Ca baru suku jalan dah pancit dah. Hehe.

Masa mendaki..pancit sudah!

Sampai2 kat atas..bergambo dulu~

Tapi segala penat , semput semua hilang sebaik saje sampai ke area air terjun. Subhanallah, lama dah tak pergi air terjun. Derasnya air terjun tu memang menggodakan.Apa lagi, letak barang-barang..terjun dalam air ! Sejukkkk~ Pergi pagi-pagi ni memang syoklah! 









Sambil kitorang mandi-manda tu, monyet2 liar dah mula datang aim makanan kitorang. Nasib baik ada 1 family ni baik hati. Dia suruh kitorang letak barang2 & makanan kitorang dalam khemah diorang. So, bolehlah mandi dengan aman!

Bila dah penat mandi dan explore setiap tingkat air terjun tu semua, masing-masing dah lapar. Keluarkanlah semua stok makanan. Memang best lah dapat makan ramai2 dekat kawasan air terjun. Tak sama macam makan dekat restoran fast food ke mamak segala. Monyet-monyet liar makin rancak atas pokok tengok kitorang makan.Makin lama makin banyak. Nasib ada budak2 lelaki ni tolong halau diorang.


Bila da siap makan, yang budak2 lelakinya sambung main air. Yang perempuannya dok mengunyah lagi. Time tu juga lah monyet2 tadi berani dekat ngan kitorang. Makin banyak yg datang. Ada yang dah tunjuk taring kat kitorang. Tiba-tiba sekor bapak monyet ni turun ke tempat kitorang. Mau tak menjerit kitorang semua. Budak-budak lelaki lari ke tempat kitorang bila dengar kitorang jerit.. Ceh, nak tunjuk hero ke? Haha..Nasib kitorang takde pape. Cuma sebalang kuih bingka berjaya ‘dirompak’ oleh bapak monyet tadi. Hampeh! Nasib dah rasa. Mungkin diorang tergoda dengan warna kuih bingka ubi yang kuning.Ingatkan pisang kot. Haha..Masa tu dok terbayangkan monyet tu makan kuih bingka yang lembik tu. Mesti terselit-selit kuih tu kat gigi diorang kan? :D

Em, memang kenangan yang best. Seronok sangat ! Lain kali boleh pergi lagi. Berbaloi tau pergi tempat camni. Dengan keindahan air terjun ciptaan ALLAH ni, mampu buat sesiapa yang stress, yang penat bekerja dan sebagainya relaxkan fikiran. 

The last one..nak balik dah time nie.. :)

27 December 2012

Burger Bakar Abang Burn



Assalamu’alaikum…

Ca dan makanan sekarang memang ‘bersahabat’ baik. Dulu selalu je kurang selera makan. Nak kata ada ambil vitamin selera makan tak pulak. Nak kata ada saka, nauzubillah ! So, think positif, saya memang kuat makan skang ! Tapi kawan2 selalu cakap “untunglaa~ makan banyak badan tak naik” . Ada gak yang cakap “ makan banyak, badan cenggitu gak!”
Ummm..yang tu bukan diorang je yang musykil, ca sekali musykil lagi pelik….Jangan dah kawen naik macam pau sudah!


Sekarang semakin ramai usahawan melayu sudah berjaya meningkat naik. Alhamdulillah..Mana tau akan datang usahawan serta produk orang melayu dapat menandingi produk omputih pulak kan. Kalau sebelum ni ca ada citer pasal Extra Moist ChocolateCake yang dipelopori oleh Abang Zack, yang ca sendiri dah jadi pengedarnya, kali ni mau share pulak pasal Burger Bakar Abang Burn (BBAB). Ada yang dah kenal2 dengan burger bakar berjenamakan si pelopornya Abang Burn? Ca pon tak kenal abang Burn tapi ca kenal brand Burger Bakar Abang Burn. Hehe..Brand ni pon dah semakin pemes emes dah kat Semenanjung Malaysia ni. Dia punya cawangan pon dah banyak , bagai cendawan tumbuh lepas hujan. *Eh , tol ke peribahasa tu?



Minggu lepas ca paksa adik bawak ca pergi BBAB cawangan JB. Apetaknya, lama dok ngidam tapi takde sape nak bawa ke sana.. Asyik tengok Abang Burn dan peminat-peminat BBAB post gambar burger bakar kat page BBAB kat FB je, mana boleh tahan. Pe taknya, dengan mayonis dan sos dia meleleh kat keliling burger sungguh mengiurkan..Daging burger pulak ada yang bertingkat-tingkat tingginya..slurpppp~ *lap air liur. Nak tengok gambar2 burger yang bertingkat2, pi la jenguk page BBAB..


Sebelum nak ke sana, Ca memang dah ‘puasa’ dari petang..Semata-mata nak makan burger ni. Disebabkan ca duduk kat Pekan Nanas (Johor), cawangan BBAB yang paling dekat tapi tak berapa nak dekat dari tempat ca adalah kat B.Point,JB. Area nak ke Stulang Laut, betol2 sebelah Shell.

Lampu kat huruf B da terbakar..hik3..

Selalunya tempat ni memang ramai orang. Sampai customer pon beratur panjang untuk order. Ye, cara nak makan BBAB kena beratur, order kat kaunter, bayar barulah duduk. Nanti diorang dah siap buat burger tu, diorang sendiri akan hantar ke meja kita. Yang nak tapau pon sama jugak. Sebut pasal masa untuk burger siap, depends pada rezeki dan bilangan orang time tu.Time ca pergi Alhamdulillah, xbape ramai dan rezeki kitorang dapat meja untuk duduk makan kat situ. Burger kitorang siap dalam masa 5 minit gitu. Tapi dalam masa 5 minit menunggu tu pon memang amat menguji kesabaran. Dengan aroma daging burger yang dibakar..Pehhh~ Duduk pulak mengadap ke area diorang bakar burger tu..



Nak tau ca order apa? Haaa..sekali order, double beef with extra cheese ok.. nyum3!



Agak2 korang ca habis tak burger ni? Tak habis? Memang pon tak habis.Tapi suku daging je tak mampu habis.Tinggal sikit je tapi tangki dah penuh.Da over limit. Hehe… Rasa dia memang sedap kaw ! Tip top ! Adik ca pon order yang sama, total 2 bijik burger kan, kena RM28 means sebijik ni RM14.. Setanding dengan kualiti & daging tu sendiri.Memang tebal dan memang masak sepenuhnya.Makan untuk sekali sekala ok la..Nak makan tiap2 hari, botak jugak la kepala.Hehe.


Orang-orang Johor boleh la pergi BBAB cawangan JB kat B.Point tu. Untuk korang2 yang luar Johor , boleh survey cawangan lain kat Page BBAB. Kat situ ada maps dan lokasi lain seluruh Malaysia.. Tak rugi mencuba sebab memang sedap sangat2 ! McD pon kalah tau..  (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...