11 September 2012

Resepi Ayam BBQ ( versi campak-campak)

Assalamu'alaikum..

Tak payah nak buat intro la yek.. :p Kelmarin ca dengan ex-classmate masa sekolah rendah ada buat bbq. Rumah ca jadi port kali ni. Sebelum ni kitorang wat malam bbq kat Tanjung Balau,Johor. Entry kat sana pon tak sempat buat. Masa tu ca jugak yang ditugaskan kena buat perapan ayam.Dengan tak pernah buatnya, memang terima tugasan tu dengan buat muka konfiden jek.Haha.Nasib masa tu kawan ada tolong.Dia tolong buatkan.Jadi macam tak puas la kan..Tak dapat bagi kawan2 rasa air tangan sendiri.

Tapi untuk kali ni, ca nekad nak buat sendiri. Try la refresh balik kawan ca punya resepi.Ahhh..lupa! Nak google ? M.A.L.A.S...Ye la..line kalau laju macam kuda berlari takpe lagi. Last2, men hentam keromo.Pergi Econsave dengan kawan ca.Ambil itu, ambil ini..Ha, macam boleh dah ni jadi bahan perap ayam..Hehe..Ca cuma guna :

1) Lebih kurang 1 cawan lada hitam
2) Lebih kurang 4 sudu besar jintan manis
3) Lebih kurang 4 sudu besar ketumbar
4) 2 ikat serai
5) Sebotol sos BBQ
6) 7 biji bawang besar
7) 3 ulas bawang putih
(blend semua bahan ni)
 
8) gula dan garam secukup rasa
9) sos cili dan kicap pekat secukup rasa

Tengok? Mana ada amount bahan yang betul2 boleh dijadikan resepi kat korang.Main 'lebih kurang' je..Haha..sebab ca main campak2 je ikut sesedap rasa hati.


 

Akhir sekali jadi macam kat dalam gambar atas ni. Ni untuk 3 ekor ayam jer..Perap dalam 7 jam sebab pagi beli barang, t.hari siap perap, lepas isyak dah start bakar. :) Tapi alhamdulillah, diorang kata sedap. Eceh...Kuah bbq pulak kawan ca buat.Pon memang terbaikkkk..Memang kena rasa dengan ayam ni.So, memang puas hati. :)


TIPS : Kalau agak2 masa perapan tu sekejap je tapi nak rasa dia menyerap macam semalaman diperap, sila kelar2 daging ayam tu dan potong kecik2 sikit.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...