29 February 2012

Kek Murah Tapi Sedap

Assalamu'alaikum..

Ca peng'gila' kek, aiskrim dan coklat segala..Walau sebenarnya tak boleh makan sangat sebab ade migrain.Pe taknya, yang ca suka semua coklat.Migrain tak boleh makan coklat! Tapi hentam je, langgar pantang sebab teringin sangat nak makan.. :p Bila sakit padan muka sendiri!

Pernah jumpa kek buatan Danish Pastry Centre Sdn Bhd??


Buat masa ni ca jumpa memang akan ada kat econsave.. :) Murah sebab 1 slice RM2..


Rasa dia?? Hummm~ Sedap2! 
Cuma kek dia berat sikit.Bukan macam kek-kek yang kat kedai kek biasa tu.Kek yang kat Secret Recipe, SDS, Season,Lavenda biasanya semua ringan je ala2 sponge cake..Tapi kek kat Danish ni pon ada banyak perisa jugak..Macam yang ca beli kat atas ni ada blueberry cheese cake, yang tengah tu macam kek kopi, last tu kek coklat..Nama betul kek dia ca tak amik tahu.Haha.. :p

Kalau korang jumpa, try la..Sedappppp~ 

Wordless Wednesday #14

Assalamu'alaikum..

28 February 2012

Dulu SUKA Sekarang TIDAK LAGI

Assalamu'alaikum....

Dulu ca suka jugak pergi baca blog beliau.Tapi sekarang tak lagi.Sebab ca tengok akhir2 ni semua entry beliau berbaur negatif.Semua orang tak kena pada mata beliau..Ada je yang tak kena.Semua dia kondem! Sedih jugak la kenapa beliau jdi camtu.Sakit jiwa kah?? :(


Cukup baik ker kita untuk mengutuk kekurangan orang lain? Ca pon kadang2 ada juga terlepas kata ataupon perbuatan.Kadang2 mata menjeling 180darjah kat abang bermuka pecah rumah yang melepak dikaki lima kedai..Kadang2 mengutuk dalam hati bila nampak cik awek yang seksi meksi..Tapi sedetik hati terlintas yang kita buat salah, beristighfarla...

Sambung balik pasal seorang blogger ni..Hummm..Siyes memang ca da takde mood nak masuk blog dia lagi..Bahasa dia dah tak boleh diterima oleh jiwa ca..Apa pulak persepsi orang lain yang baca? Orang2 yang selalu komen dia tak perasan ke akan keangkuhan beliau? Sedih3...Takpe la..Daripada ca masuk blog dia mengutuk beliau pulak, lebih baik ca stop untuk mengikuti cerita dia..Mungkin bagi dia apa yang dia nak sampaikan tu semuanya nasihat.Memang ada benarnya.Tapi...tak semua orang boleh terima cara penyampaian dia..Sorry~ ca tak sanggup dah nak baca blog kamu lagi.. :(



*Hati manusia boleh berubah walau sedetik pon..kan?

Kawan Olok-Olok

Assalamu'alaikum...


Lokasi : Kantin Sekolah

Jenab : Oit..nape hah ko kawan ngan dia?? Kan aku cakap jangan kawan ngan dia.. *buat muncung itik*

Kiah : Shhhh...aku KAWAN OLOK-OLOK je la ngan Milah tu...Mana ada kawan betul2..

Jenab : Ooo..yeke..hihi..Owwwkey.. *tarik nafas lega sampai kembang2 lobang hidung*

(perbualan budak darjah 2)

******************************

Pernah berkawan olok-olok? Pebenda tu kawan olok-olok?? Kawan olok-olok tu berpura-pura kawan je..Depan buat baik macam biasa,gelak-gelak dengan kawan yang diolok-olokkan, tapi ibu jari kasi thumbs up kat geng sepakat yang tak bawak berkat pon..Belakang tabir kutuk mengutuk.Kadang2 berkawan olok2 tu sebab nak korek rahsia je..Konon nak tahu la si simpolan tu suka kat sape lah.Ada hati kat geng sepakat ke tak..Alahai..Kelakar pulak bila ingat zaman sekolah rendah dulu.Entah dari mana belajar pasal kawan olok-olok ni. Apa faedahnya..?? Motif?? Lagi la tak tahu kenapa..Haha..Malu pulak bila dikenang balik.



Tu baru kawan olok2..Ada yang suka mengugut "TAK NAK KAWAN!" ..Masa zaman sekolah rendah, bila ada kawan cakap macam tu je, terasa dunia gelap gelita. Hidup bagai hanya diterangi sebiji lampu reban ayam dan kelilingnya gelap.Guruh petir sambar menyambar..Hidung mula bertukar merah sebagai petanda awal nak menangis...Sikit lagi..sikit lagi....Huwaaaaaaa~~ Cikguuu...dia tak nak kawan ngan kite cikgu...uwaaaaa~~ 

Masa tu la sesi berdamai disaksikan oleh cikgu dan rakan sekelas..Erk!  :p

Pelik-pelik je perangai masa budak2 kan? Hehe...Tapi zaman sekolah rendah la best sebab hidup macam tak pernah ada masalah.Homework siap ke tak siap relax je.Rotan makan hari-hari, lama-lama lali..Tak heran laa... :p


*Dulu kalau tak nak kawan someone, limit 3 hari je...Sebab cikgu cakap, tak tegur kawan lebih 3 hari, dosa.. :)

27 February 2012

Sakit Tak Hati Bila....

Assalamu'alaikum...

Sakit tak hati korang kalau nak online tapi sikit-sikit, benda alah ni keluar tanpa jemu???



Sakitnya hati ca.... Kadang2 nak update entry langsung takleh .Nak bukak Fb semua tak boleh sebab asyik jadi macam ni. Dekat 10 kali keluar benda yang sama.Tension! Memang rasa nak gigit2 je berukben nie..

Bila dah boleh buka blog korang-korang-korang dan korang, time semangat nak tinggal jejak, nak kasi komen sepatah dua, pap!


Benda alah ni pulak keluar sambil kedengaran gelak jahat "Muahahahahaha!"
Sakiiiiiitttttttnya hatiiiiii!

So, minta maaf kalau ada yang follow ca, tinggal komen kat blog ca tapi tak dapat kunjungan balas dari ca..Semua gara2 benda alah ni.. Sob3.. T___T

Entry lepas ca ada edit tau.Sebenarnya ca nak citer pasal pernikahan bagi mereka yang KURANG BERKEMAMPUAN tau.Bukan semua orang.Aishh~ Tak sampai rupanya mesej tu.Bila Atok komen baru ca pergi baca balik.hehe..Betul kata atok..Sape tak nak kenangan ni hari tua kan? ^^,


* Takde mood dibuatnya nak mengadap blog~ 

24 February 2012

Nak Ikut Cara MELAYU ke ISLAM??

Assalamu'alaikum..


Nak 'kawen' senang..Nak nikah tu yang payah pada zaman skang ni..Kenapa? Sebab 'terikat' dengan adat dan juga kebiasaan orang melayu kita..Nak buat majlis kawen mesti akan ada list yang lebih kurang macam ni kan?



SUMBER : SINI --> baca untuk kisah sebenar

Tak kan bagi orang yang kurang berkemampuan pon nak ikut orang-orang yang mampu ni.. Bila tak mampu, tapi nak juga buat majlis grand2 tu yang jadi SUSAH..Perkahwinan tak pasal2 jadi lambat, maksiat pula makin berleluasa..

Jangan nak ikut orang sangat.Kita buat takat yang kita mampu. Jangan demi sebuah perkahwinan yang diidam-idamkan sanggup berhutang sana-sini. Kalau dah memang betul2 kurang mampu, ada je cara mudah untuk bernikah.. 

Cuba kita tolak kos barang hantaran,sewa pakej pelamin dan baju pengantin, tempahan kad kawen yang melatops dan upah jurugambar..Mungkin akan ada penjimatan disitu.. Lagipon yang wajib kan akad nikah jer..Pastu hebahkan perkahwinan tu dengan sedikit jamuan atau lebih berkat dengan adakah kenduri doa selamat.Hal ni bertujuan untuk mengelakkan jatuh fitnah.Yela, tiba2 nampak kita bawa lelaki luar masuk,apa la orang kata.Sedangkan kita sah menjadi suami isteri..


Ha pasal kos2 yang ca kata kita cuba tolak tadi, kalau nak jugak, kita guna alternatif lain.Jahit baju sendiri ke, hias pelamin sendiri ke, bab jurugambar..Ha, ni yang best.. Apa guna kawan ramai kan? Tak kan xde langsung kawan2 yang pandai buat photoshoot.. Guna kamera digital biasa pon boleh.. :) Kemahiran diutamakan! 


Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat. Kumpul duit untuk kehidupan SELEPAS NIKAH bukan untuk MAJLIS NIKAH...Itu lebih baik.. :) Berbelanja ikut kemampuan..Kalau mampu tak salah..Cuma BERPADA-PADA.. :)






*Mak...nak kawen! ^^,

23 February 2012

Cik Duyung 'Junior' Menangis

Assalamu'alaikum...

Walaah! Ini budak comel tak? Wuahaha...
Anak sape la ni kan? :P




* Sedih la..Takde scanner mau scan gambar2 masa kecik..Banyak gak nie.. ^^

22 February 2012

Permainan Tradisional Kucing

Assalamu'alaikum..

Tak habis2 kan citer pasal kucing..Nak wat camane..walaupun ca ni 'duyung', ca pencinta kucing okeh! *errrr..ikan duyung suka makan ikan ker? hehe..

Korang tau tak kucing pon ada permainan tradisional tersendiri..Ia dah diamalkan sejak zaman datok moyang ca lagi...Bola,beskal,kete kontrol tu mainan moden okeh! Amacam? Ada kucing korang main mainan moden tu? hehe..

Ni dia mainan tradisional kucing kalau korang nak tau...

Ary & Citam


Budak nemok, Ary..Tapi mak panggil kembang! =__="

Nampak tak? Nampak tak? Lidi dan something yang diletakkan dihujungnya..Selalu letak surat kabo..Tapi ni ca guna lebihan kain felt.Buat rambu2 sikit. Diorang suka main! Lagi2 si budak gemuk, Ary... :) Terkedek2 montot dia keja rambu2 tu. Seronok tengok gelagat anak2.. :p


*mesti comel kan kalau anak2 ca ni pakai baju..hak3.. 

20 February 2012

Kunci Yang Tiada Dijual

Assalamu'alaikum...

Hati berbisik kepadaku ..
Kenangan mengusik tanpa jemu..
Hati ini selalu merindu..
Namun tiada siapa yang tahu..
Hanya Allah saksi utamaku..

Alhamdulillah..kita masih diberi kesempatan untuk menikmati hidup..Semoga ALLAH sentiasa meredhai akan tiap sesuatu kebaikan yang kita lakukan. :)

Sebelum ni ca ada sebut pasal 'kunci' kan? Ada yang tertanya-tanya 'kunci' apa yang ca maksudkan.. Kunci tu bukan sebarang kunci.Takde dijual..Korang upah la bape juta pon dekat tukang kunci , ia tetap tidak boleh dibuat.

Kunci ni ca harapkan ada pada bakal jodoh ca. Kunci untuk masuk kedalam hati kecik ni dan automatik mampu membawa kepada kebahagian sejati..Apa dia?


Disaat ca bertanya, " kenapa awak cintakan saya? " , dia akan menjawab " cinta yang lahir dari hati saya adalah kerana cinta pada Maha Pencipta " 25.9.06|23.19pm

Itulah kuncinya.Meletakkan cinta ALLAH sebagai pengikat hati. Bukan kerana rupa.Bukan kerana dunia semata-mata. Bila ingat pada cinta dia, membuat ca dekat lagi dengan ALLAH.. 

Bak kata Cik Anon 906 , kunci yang hilang insyaALLAH akan jumpa balik..  


* Tak sabar menunggu 'rahsia' ALLAH terbuka..Siapa pemilik rusuk kiriku? :)

19 February 2012

Soal Hati Tak Perlu SEBAB

Assalamu'alaikum...

"Soal Hati Tak Perlu Sebab"

Tu antara simple quote yang menarik dalam citer Jujur Aku Dayus,cerekarama Tv3 tadi. Citer ni dijayakan dengan lakonan Nora Danish sebagai Lisa dan Beto Kusyairy sebagai Edree. Irma Hasmy pon ada sebagai Asiah.. 

E'eh...Nora pakai baju sekolah.. :)


Bagi yang tak tengok, ca citerkan sikit la keh.. :

Citer ni mengisahkan sebuah perkahwinan yang tak diduga antara Edree dan Lisa. Sebelum Edree kawen dengan Lisa, dia dah bertunang pon dengan Asiah yang merangkap kawan baiknya sejak kecik lagi. Sebelum Edree ngan Lisa kawen, Lisa sangat sosial dan ada pakwe jugak.Lupa la nama mamat tu..Soriii..Edree tertarik pada Lisa TANPA SEBAB..Tapi Edree berjaya membawa Lisa kejalan yang benar.. :) 

Beto..Muka dia sangat serius kot!

Kerana salah faham dan dek kerana sifat pengecut si Edree ni telah mengakibatkan penceraian..Yela, Ed taknak tanggung dosa sebab jadi lelaki dayus..Tapi kebenaran dipenghujungnya menyatukan mereka kembali...Kalau dah jodohkan? Tak kemana... :)


Erma Hasmy...Shantekkk.. ^^

Ca mengaku ca tak suka Beto sebab kebanyakan watak2 dia kat tv tu semua watak jahat..Memang rasa nak tumbuk je skrin tv bila nampak dia buat jahat..Hehe..Tapi akhirnya, dalam citer ni si Beto berjaya mencuit hati ca sebab lakonan dia buat ca tacing.. Seorang suami yang begitu sayangkan isterinya..Sentiasa memaafkan isterinya sebab terlalu sayang..Namun dia meletakkan cinta ALLAH ditempat yang paling tinggi barulah cinta kepada isterinya.Dia sanggup korbankan sayang dia terhadap isteri dia demi ALLAH..

Bila kita letakkan cinta kita kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan berikan cinta yang terbaik untuk kita. :) Namun bersabarlah..Berdoalah kepada ALLAH selalu..Pasti ALLAH akan aturkan 'Love Story' terindah buat kita.. InsyaALLAH...


* Prinsip Edree tu la 'kunci' yang ca maksudkan sebelum ni ..Tak faham lagi? Takpe..Nanti2 ca kongsikan.

17 February 2012

Pesanan Wali Perempuan Kepada Bakal Suami








Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda


Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya



Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



Ulang Chorus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...